image1 image2 image3

TERIMA KASIH|BLOG AWANANOLOGY STUDIO|SENI TRAVEL JURNAL|SILA LIHAT DI BAWAH

Talk Show Imam Muda Nuri


Alhamdulillah, usai sahaja program yang dilakukan sempena Hari Terbuka IPG KDRI 2012. Pengisian yang cukup mantap daripada Imam Muda Nuri. Sebelum ini, aku hanya ikuti perkembangan beliau melalui Astro Oasis, namun pada hari ini kedua mata ini sempat menatap dan bergambar bersama daie muda antara penggerak dakwah Malaysia seiring kehangatan Imam Muda Asyraf, Ustaz Azhar, dan daie2 yang lain pelbagai bidang.

Pada mulanya sebelum kehadiran VIP dan tetamu jemputan program ini, kita semua disajikan tayangan video Aku dan Muhammad yang cuba menjentik perasaan cinta terhadap Rasulullah sebelum beralih kepada Imam Muda Nuri mengupas lebih lanjut.
Aku dan Imam Muda Nuri

Perbincangan JPP dan BADAM (persiapan)

Testing...
 Selepas itu, Imam Muda berbicara tentang aspek paling penting dalam isu penghinaan Nabi. KEFAHAMAN. Sejauhmana kita memahami apa yang terkandung dalam sirah junjungan Mulia Rasulullah SAW. Mujurlah ibu saya cakna akan perkara ini memberikan pembacaan kisah anbia kepada saya sejak berumur 7 tahun lagi. Teringat ketika itu, terbaca kisah Nabi Yusuf, otak si kecil tidak dapat menerima perlakukan abang-abang Nabi Yusuf terhadap baginda sendiri.

Selain itu, doa amat penting lalu Imam Muda Nuri kaitkan kisah Azazil yang bongkak sehinggakan menjadi Iblis durjana. Sunnah nabi juga ditekankan selain sibuk nak demostrasi. Beliau sendiri terlibat dalam demostrasi dalam membangkitkan semangat dalam membantah penghinaan Nabi SAW di Pahang.

Dibawah ini adalah post sahabat terhadap apa yang disampaikan oleh IM Nuri. Nantikan video talk show beliau. Akan diupload.
‎5 tips drpd IM Nuri utk menangani isu2 sensitiviti agama:1. Berdoa kpd Allah 2. Tuntut ilmu agama3. Jadikan ilmu sebagai benteng4. Fikir cara terbaik sblm bertindak5. Sabar & redha ujian Allah
Sampai Imam Muda Nuri disambut meriah.


NYDP BADAMD memberi taklimat program yang bakal berlangsung

Antara sahabat yang hadir.



Armazurin dan Imam Muda

Muaz Hakimi dan Imam Muda

malas daa nak royak... takde suara!

MC program dan Imam Muda

Bersama pensyarah dan Pengarah

Bersama Pengarah

Bergambar dengan SU BADAMD




Gaya sempoi... hehe





Share this:

CONVERSATION

0 ulasan:

Catat Ulasan