image1 image2 image3

TERIMA KASIH|BLOG AWANANOLOGY STUDIO|SENI TRAVEL JURNAL|SILA LIHAT DI BAWAH

Iqra

Bagi para duat, membaca itu perkara penting. Ini kerana membaca kita tahu manhaj haraki hassan albanna, kaedah dakwah menurut ulama, ilmu mantiq, fiqah seharian, dan ilmu bersosial.

Apabila ilmu kurang maka timbullah wala mengkhinzir buta. Itu dikatakan orang candu wala. Jangan marah orang sebut candu wala kalau itu yang dilakukan kita.

Lebih-Lebih lagi kalau sudah timbul satu situasi seorang muslimat yang aktif berdakwah di IPG kdri bertanyakan soalan tak patut ditanya, "Ermm, Hazwan macam mana nak minat dan ingat apa yang kita baca?"

Sudah tentu saya terkejut monyet apabila seorang seperti itu bertanyakan soalan sebegitu. Memang buku itu perlu berguru. Tetapi pendekatan ada bezanya. 

Ada buku yang memerlukan guru yang mursyid untuk mendalami ilmu didalamnya. Ada juga buku itu dapat difahami melalui kaedah perbincangan seperti Usrah dan lepak maqasid, ada juga buku tanpa berguru tak apa. 

Buka buku pun malas, janganlah pula cuba buka buku hati anak dara dan teruna pula... Kerana nak buka hati anak dara dan teruna, ilmu asas itu kena cukup di dada.

Kalau duk sembang kencang dalam tamrin, tapi ditanya soal permasalahan agama juga digoreng.. Maka sesatlah masyarakat. Duat bukan bertebaran sesama mereka, tetapi menuruni bukit dan lif untuk bertemu mengajak memahami ilmu dan beramal. 

Jadilah kita udara oksigen, bila digunakan maka jadilah karbon dioksida. Bila keluar mampu kembali menjadi oksigen. Pendek kata sentiasa bermanfaat.

Biarlah kita berdakwah tanpa noktah! Noktah itu hanya ditentukan oleh Allah.

Share this:

CONVERSATION

0 ulasan:

Catat Ulasan