image1 image2 image3

TERIMA KASIH|BLOG AWANANOLOGY STUDIO|SENI TRAVEL JURNAL|SILA LIHAT DI BAWAH

Mencapai Cinta

Assalamualaikum.

Kali ini, buat kesekian kalinya ana menulis(baca:menaip) kalam dalam blog ini setelah 3 bulan setengah(kot?) ana membiarkan blog ini tanpa mengisi dengan pengisian rohani dan rencana ringkas khas daripada ana sendiri. 

Tajuk kali ini berkenaan mencapai cinta? Kenapa mencapai cinta? Kenapa tidak memilih mencapai baju ke? Atau ana memilih tajuk berkenaan 'couple' ke? Ini kerana lambakan 'post' dalam facebook sahabat ana berkenaan cinta. Seringkali kita mentafsirkan cinta hanyalah kepada insan yang berlainan jantina dan kita berkenan untuk meluahkan kasih sayang kepadanya.

Adakah itu sebenarnya CINTA? 


APA SEBENAR YANG DIKATAKAN CINTA?


Cinta Sesama Insan
Sukar sebenarnya untuk menghuraikan apa sebenarnya yang dikatakan cinta. Cinta itu sendiri adalah istilah yang terlalu abstrak untuk digambarkan. Lain orang lain maksud. Lain insan lain interpretasi berkenaan cinta. Adapun yang dikatakan cinta sesama insan kerana ana lihat muda-mudi menggunakan zina sebagai manifestasi terhadap cinta mereka. Allahu Rabbi... Sesungguhnya cinta itu sekadar wasilah untuk manusia yang terlibat menuju neraka yang tidak terbayang azab siksa yang pedih. Usahkan jalan tar yang panas terik dek jilatan haba matahari yang jaraknya berbatu-batu jauh dari bumi, inikan neraka yang digambarkan siksaannya terlebih dahsyat! Allah! Asthagfirullah! Selamatkan kami Ya Allah daripada azab siksa pedih tidak terkira!


Menurut ana, cinta sesama insan ini ditujukan kepada mereka yang menjalinkan cinta menurut Islam. Ana tercari-cari sebenarnya... Apapun ana rasa al-Quran ada jawapannya. Ana cuba bertanyakan al-Quran dan al-Quran berkata:  ..Sesungguhnya orang-orang beriman dan beramal soleh, kelak Allah yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam hati mereka kasih sayang ” 
(Maryam: 96)


Jadi kalimat Wudda disini (bermakna kasih sayang) diberikan Allah sebagai hadiah atas keimanan, amal soleh manusia. Tambahan dalam surah Ar-Rum ayat 21 “ Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah ia menciptakan untukmu dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” 


Apa yang kita faham daripada ayat Allah Yang Maha Mengetahui akan segala permasalahan, inikan berkenaan hamba yang diciptanya adalah dalam bentuk satu gambaran seperti ini:

INDAHNYA CINTA MENURUT ISLAM
Kamu tidak mengetahui siapa jodoh kamu, lalu kamu istikharah meminta petunjuk dari Allah, lalu Allah kurniakan kamu petunjuk dan kamu bulatkan tekad lalu kamu meminang. Yang dipinang juga beristikharah selepas dipinang, lalu jika dia pun mendapat petunjuk dan bulatkan tekad, lalu menerima pinangan kamu. Langsung kamu bernikah. Dalam perkahwinan tersebut, kamu hadapi ujian yang menguji kekuatan dan kesetiaan perkahwinan kamu. Namun, kamu juga menikmati perkahwinan kamu dengan rasa kasih dan sayang bahkan cenderung merasa tenteram. Itulah perkahwinan yang diberkati Allah. Bermula dengan baik dan berakhir dengan baik. 

Adakah cinta kamu berhenti setakat hembusan nafas terakhir? TIDAK! Bahkan cinta kamu membawa kamu menuju syurga yang kekal abadi. Di sana kamu menikmati cinta kamu selama-lamanya!

MAKA NIKMAT MANA YANG MAHU KAMU DUSTAKAN?
Adapun begitu, ana merasakan tidak adil jika tidak mengaitkan cinta yang sebenarnya iaitu cinta kepada pemilik cinta sebenar iaitu Allah 'Azza Wa Jalla.

CINTA KEPADA PEMILIK SEGALA CINTA
Pada satu musim haji, beberapa orang ahli sufi telah berkumpul di Mekkah termasuk Abu Bakar Al-Kattani dan Al-Junaid Al-Bagdadi. Waktu itu Junaid masih lagi muda tetapi merupakan ahli sufi, yang demikian beliau merupakan kalangan ahli sufi yang
termuda di dalam majlis tersebut.


Mereka sedang membahaskan konsep cinta kepada Allah khususnya menurut ahli sufi. Masing-masing mengemukakan pendapat masing-masing di dalam majlis tersebut. Setelah itu mereka yang lain merasa ingin mendengar pula pendapat ahli sufi muda ini
dalam hal tersebut.

"Sila kemukakan pendapatmu wahai pemuda Iraq." kata mereka kepada Al-Junaid. Maka tertunduklah kepala Al-Junaid dan bersertalah air matanya mengalir dipipinya yang kemudian mengangkat kembali kepalanya seraya berkata, 

"Orang yang asyik Cinta kepada Allah ialah orang yang membebaskan dirinya dari segala nafsunya, dan sebagai akibat daripada itu, dia hanya menyibukkan dirinya berzikir kepada Allah subhanahu wa ta`ala. Dia sentiasa melaksanakan segala tugas-tugas yang Allah suruhkan kepadanya, dia melihat kebesaran Allah dengan mata hatinya. Nur Allah dan kebesaran-Nya menguasai dan menghiasi seluruh jiwanya, sehingga kosong hatinya dari apa saja melainkan Allah. Dia telah minum air cinta yang jernih daripada-Nya. Tersingkaplah segala Hijab sehingga jelas baginya. Maka jika ia bercakap, dia tidak bercakap melainkan bersama Allah. Dari mulutnya tidak keluar satu perkataan melainkan Allah. Demikian jua jika ia bergerak, maka gerak itu atas perintah Allah, dan jika ia mendiamkan diri, dia bersama Allah. Pokoknya segala apa saja gerakan, perkataan dan fikirannya hanyalah kerana Allah 
dan bersama Allah."
SEMOGA DENGAN BERZIKIR KITA SENANTIASA MENGINGATINYA... INSYA-ALLAH!


Mendengar keterangan yang sangat menakjubkan itu, maka menangislah kesemua ahli sufi yang hadir dan syeikh yang hadir, lalu berkata "Tidak ada penjelasan yang lebih baik dan terang selain itu." Mereka tersangat kagum kepada Junaid kerana masih terlalu muda dan berupaya mengeluarkan perkataan itu. "Semoga Allah tetap membimbingmu wahai mahkota kerohanian," kata mereka lagi.

Firman Allah kepada Nabi Daud; 
"HambaKu yang aku cintai adalah mereka yang mencari Aku, bukan kerana takutkan hukumanKu atau hendakkan kurniaanKu, tetapi semata-mata Aku ini Tuhan"

"Tidak beriman seorang kamu sebelum Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya daripada yang lain-lain." (Bukhari & Muslim) 

Tersebut dalam Kitab Zabur: 
"Siapakah yang lebih zalim daripada orang yang beribadah kepadaKu kerana syurga atau neraka, kalaulah Aku tidak menciptakan syurga atau neraka, apakah aku tidak layak untuk ditaati?" 

Abu Sulaiman berkata; 
"Siapa yang hari ini (ketika hidup) sibuk dengan dirinya, maka dia itu nanti (setelah mati) akan sibuklah dengan dirinya sendiri. Siapa hari ini sibuk dengan Tuhannya, maka dia itu esok akan sibuk juga dengan Tuahnnya." 

Wahyu Allah s.w.t kepada Nabi Isa a.s.;
"Bahawasanya Aku apabila Aku lihat pada hati hambaKu, lantas Aku tidak mendapatkan dalam hatinya cinta pada dunia dan cinta pada akhirat, nescaya Aku penuhkan hatinya itu dari 'cintaKu' (padanya)."

Kata Junaid;
"Tanda cinta itu ialah berterusan rajin dan bersungguh-sungguh dengan kerinduan.

Antara bukti kecintaan hamba kepada Khaliq: 

1. Cinta untuk bertemu Tuhannya 
2. Membanyakkan sujud 
3. Sanggup mencari syahid dan berjuang di jalan Allah 
4. Tidak akan berbuat maksiat 
5. Cinta untuk berzikir kepada-Nya 
6. Cinta kepada Al Quran 
7. Rajin bertahajjud 
8. Berasa nikmat apabila mentaati perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya 
9. Tidak terpengaruh dengan celaan orang. 
10. Takut- iaitu takut pada tempatnya. 
11. Menyembunyikan kecintaan.
KITA LEBIH BANYAK MENGHABISKAN MASA KITA DENGAN KUBUR BERBANDING KATIL... Renung2xkanlah!

Namun ana percaya kita mesti ingin menguji sebenar-benarnya cinta sebenar kita kepada Allah berada berada di maqam yang mana satu.

INi antara cara atau ujian mudah kita kenalpasti yang ana temui dalam blog-blog di sekitar pasar-pasar alam maya.

Ujian pertama ialah;  Dia hendaklah tidak benci kepada mati kerana tidak ada orang yang enggan bertemu dengan sahabatnya.  Nabi Muhammad saw bersabda;
"Siapa yang ingin melihat Allah,  Allah ingin melihat dia."Memang benar ada juga orang yang ikhlas cintanya kepada Allah berasa gentar apabila mengingat kedatangan mati sebelum ia siap membuat persediaan untuk pulang ke akhirat,  tetapi jika betul-betul ikhlas adia akan bertambah rajin berusaha lagi untuk membuat persediaan itu. 

Ujian kedua ialah ia mestilah bersedia mengorbankan kehendaknya untuk menurut kehendak Allah dan sedaya upaya menghampirkan diri kepada Allah dan benci kepada apa sahaja yang menjauhkan dirinya dengan Allah.  Dosa yang dilakukan oleh seseorang itu bukanlah bukti ia tidak cinta kepada Allah langsung tetapi itu membuktikan yang ia tidak menyintai Allah sepenuh jiwa raganya.  Fudhoil bin Iyadh seorang wali Allah berkata kepada seorang lelaki;
"Jika sesiapa bertanya kepada mu samada kamu cinta kepada Allah,  hendaklah kamu diam kerana jika kamu kata:  "Saya tidak cinta kepadaNya",  maka kamu kafir dan jika kamu berkata,  "Saya cinta",  maka perbuatan kamu berlawanan dengan katamu." 

Ujian yang ketiga ialah ingat kepada Allah itu mestilah sentiasa ada dalam hati manusia itu tanpa ditekan atau diusahakan benar,  kerana apa yang kita cinta itu mestilah sentiasa kita ingat.  Sekiranya cinta itu sempurna,  ia tidak akan lupa yang dicintainya itu.  Ada juga kemungkinan bahawa sementara cinta kepada Allah itu tidak mengambil tempat yang utama dalam hati seseorang itu,  maka cinta kepada menyintai Allah itu mungkin mengambil tempat jua,  kerana cinta itu satu perkara dan cinta kepada cinta itu adalah seperkara lain pula.

 Ujian keempat kemudian menunjukkan adanya cinta kepada Allah ialah bahawa seseorang itu cinta kepada Al-Quran,  iaitu Kalam Allah,  dan cinta kepada Muhammad iaitu Rasul Allah.  Jika cintanya benar-benar kuat,  ia akan cinta kepada semua orang kerana semua manusia itu adalah hamba Allah.  Bahkan cintanya meliputi semua makhluk,  kerana orang yang kasih atau cinta kepada seseorang itu tentulah kasih pula kepada kerja-kerja yang dibuat oleh kekasihnya itu dan cintanya juga kepada tulisan atau karangannya.

 Ujian kelima ialah ia suka duduk bersendirian untuk maksud beribadat dan ia suka malam itu lekas datang agar dapat berbicara dengan rakan atau sahabatnya tanpa ada yang menggangu.  Jika ia suka berbual-bual di siang hari dan tidur di malam hari maka itu menunjukkan cintanya tidak sempurna.  Allah berfirman kepada Nabi Daud,
"Janganlah terlampau karib dengan manusia,  kerana ada dua jenis manusia tersingkir dari MajlisKu:  iaitu mereka yang bertungkus mencari ganjaran dan menjadi pemalas apabila mereka mendapat ganjaran itu;  dan mereka yang mementingkan diri mereka sendiri lalu melampaui aku.  Tanda tidak redhanya aku ialah aku biarkan mereka begitu sahaja."  

Yang keenam ialah ibadatnya menjadi senang sekali.  Seorang Wali Allah ada berkata,
"Dalam tiga puluh tahun  yang pertama saya melakukan sembahyang malam dengan susah payah sekali,  tetapi tiga puluh yang kedua sembahyang itu menjadi seronok dan lazat pula kepada saya."  Apabila cinta kepada Allah itu sempuna,  maka tidak ada kesoronokan yang setandimg dengan keseronokan ibadat. 

Yang ketujuh ialah orang yang cinta kepada Allah itu akan cinta kepada mereka yang taat kepada Allah dan mereka benci kepada orang-orang kafir dan orang-orang yang derhaka kepada Allah.  



Selamat Beramal!

Share this:

CONVERSATION

1 ulasan:

  1. Salam, ana tambah sikit ye utk memanjangkn lg artikel nta ni, 10 jalan yg disebut oleh Syeikh Abdul Qadir Isa (ulama' Taswuf) bg menambahkan rs cinta pd Allah s.w.t ialah:-

    1.Baca dan tadabbur Al Quran
    2.Amalkan Sunnah Nabi s.a.w
    3.Sentiasa berzikrullah
    4.Mengutamakan apa yg dicintaiNYA berbnding apa yg dicantai oleh nafsu
    5.Hadirkan hati agr selalu mengingati asma'NYA, sifatNYA, menyaksikan keagunganNYA, makrifat padaNYA.
    6.Akui dan sedari segala kurniaan kenikmatan drpdNYA.
    7.Sedari kelemahan dan kehinaan diri dhdapan Allah s.w.t
    8.Sentiasa berkhalwah dgnNYA(terutama 1/3 mlm)
    9.Bergaul n bershbt dgn org yg benar2 mencintai Allah dan Rasulullah s.a.w
    10.Jauhi maksiat dan menghijab diri drpdnya.

    Semoga sama2 dpt kita amalkan ye~ Marilah menuju cinta Allah s.w.t.

    (ana rs, ni la komen pling pnjg ana pnah tulis~ haha)=P

    BalasPadam