image1 image2 image3

TERIMA KASIH|BLOG AWANANOLOGY STUDIO|SENI TRAVEL JURNAL|SILA LIHAT DI BAWAH

Etika Jurufoto - BICARA FOTO 6.0

Assalamualaikum


Minggu lepas aku ada hadiri kuliah fotografi. Alhamdulillah banyak input yang aku dapat berguna untuk output nanti. Terima kasih kepada Positive Pixel yang mengadakan Bicara Foto 6.0. Di samping mengadakan Pameran Fotografi Terengganu yang dikatakan oleh mereka sendiri sebagai pameran sederhana untuk meningkatkan daya keyakinan fotografer yang baru dan otai dalam mempamerkan karya mereka di khalayak.
Aku selaku 'newbie' yang mempunyai kamera baru berusia 2 minggu bersyukur kepada Allah banyak-banyak kerana diberi peluang untuk join program macam ini. Apatah lagi, program ini berlangsung ketika hari pertama aku berpuasa beb! Kiranya ada program bermanfaat jugalah diisi untuk hari ini. 


Di sini aku akan kongsikan etika yang sepatutnya ada pada fotografer. Sebagaimana yang dikatakan oleh pihak penganjur, ramai orang inginkan gambar cantik, terbaik, tetapi tidak berminat apa yang dipanggil sebagai ETIKA JURUFOTO. Memang ramai orang pandang enteng. Oleh kerana itulah ramai mengatakan jurufoto itu kerjanya ambil gambar model seksi-seksi. Ini kerana kebanyakan jurufoto terikut-ikut dengan photografi barat.

Etika Jurufoto

Siapakah yang berkongsi tentang etika ini? Jurufoto yang berpengalaman, Cikgu Tolahah Muda.

Definisi Etika:
Ilmu berkenaan prinsip dan akhlak.
Konklusi yang akan diperolehi ialah:
-Jangan buat apa yang kita tidak suka orang buat.
-Setiap perbuatan yang kita lakukan, ada malaikat catat.(Ingat tu!)

Etika:
* Beli kamera wajib baca manualnya!
* Jangan malu bertanya.
* Bagi fotografer berjaya, mereka merancang hari ini untuk sesuatu dilakukan/diperolehi esok.
* Buat research.(contoh: wedding, apa yang ingin dilakukan? gambar camne kiter mahu ambil?)
* Belajar dengan senior. Mereka tidak kedekut ilmu.
* Berpakaian kemas sesuatu acara yang dihadiri. (Jangan lupa henset kena silence..agar aktiviti kita berjalan lancar)
* Nak buat kerjasama dengan jurufoto? Kenali mereka melalui post FB.
* Hati-hati daripada menjadi mangsa iri hati. (kalau kena Cikgu Tolahah berkata, "Buat bodo je..")
* MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA.
Persoalan:1. Pengantin minta ambil sewaktu bersolek(belum pakai tudung.)2. Pelanggan yang tidak sesuai dengan kita?3. Pelanggan free-hair?Jawapan:(aku dah adjust cara jawapan tuh...yang penting kome semua paham apa yang nak disampaikan)1- 'Banyak'kan ambil gambar famili pengantin ketika itu.2- Cuba elakkan tolak pelanggan, beri cadangan kepada jurufoto yang lain.3- MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA. Kalau berasa boleh tanggung dosa orang lain tengok aurat pelanggan kita dalam internet...cubalah! Kenapa dapat pelanggan macam tu? Sebab apa yang kita post itu menggambarkan personaliti kita. Kalau kita post gambar posing, komfem dapat pelanggan yang suka posing. Kalau post gambar Islamik, komfem dapat pelanggan yang berjiwa Islamik.
* Lihat situasi, minta izin untuk ambil gambar.
* Hati-hati ambil gambar VVIP ketika makan.
* Untuk gambar wedding, sila hadir awal.
* Untuk acara rasmi, sila dapatkan acara penuh(tahu flow). Tahu protokol majlis tersebut. Sila hormat jurufoto lain.


Tips Etika Fotografi : Kalau lens panjang sejengkal usah kita bertenggek di depan pentas atau pelamin atau depan muka subjek yang kita shoot dari mula majlis hinggalah majlis tamat. Ingat-ingatlah buntut anda sentiasa terpamer di hadapan muka audience biasa, vip, vvip, mc, floor manager dan semua pakcik-makcik yang tak herankan equipment anda yang super prime itu :) beringatlah sebelum diingatkan. 

by Positive Pixel.

Share this:

CONVERSATION

0 ulasan:

Catat Ulasan