Alhamdulillah tuan Pengarah IPG KDRI, En. Ghulam Sarver bin Mubarak Ali melawat tapak pameran kami bertempat Bilik Seni Visual. Bertemakan alam semulajadi, karya catan dihasilkan mengikut tema yang diberikan. Syukur kepada Allah, perancangan kami menjadi. Tuan pengarah rupanya pandai berjenaka dan amat teliti berkenaan sentuhan setiap karya dihasilkan. Semoga karya kami ini, menjadi titik tolak untuk penghasilan karya yang lebih menarik. Insya-Allah!
Alhamdulillah, aku merafakkan setinggi terima kasih berupa ucapan tasbih dan selawat kerana aku masih lagi bergelar muslim. Di saat jari ini menaip dan menyiapkan komentar berkenaan Filem Naskhah Cinta Rasulullah, aku bersyukur kerana sahabat IPG Kampus Perlis dapat menghasilkan filem dakwah yang sesuai ditonton oleh segenap lapisan masyarakat.
Pertamanya, mesej yang ingin disampaikan bagus. Cuma lakonan boleh diperkemaskan lagi. Penghayatan mungkin tidak sampai tahap maksimum namun syabas kerana dapat membiasakan diri berlakon di khalayak. Kadangkala bahasa tubuh badan terlebih dari sepatutnya, mungkin watak utama cuba memperlihatkan kekesalan di atas maksiat dilakukan.
Kedua, sudut rakaman camera dslr mungkin dapat diperbaiki kerana ada posisi yang kelihatan kurang sesuai. Akan tetapi ia mungkin dapat memperlihatkan sudut dan posisi yang jarang dilakukan oleh perakam video lain, pendapat saya ianya kreatif.
Ketiga dan komen terakhir, mungkin filem akan datang boleh dipanjangkan lagi masanya. Insya-Allah mungkin PGPI boleh adakan kerjasama dengan biro agama dan persatuan agama IPG lain. Mungkin persembahan dan publisiti lebih mantop! Apapun tahniah kerana dapat menghasilkan filem buat pertama kali bagi IPG.