image1 image2 image3

TERIMA KASIH|BLOG AWANANOLOGY STUDIO|SENI TRAVEL JURNAL|SILA LIHAT DI BAWAH

Episod 4: Apa Itu Kesatuan?

Apa Itu Kesatuan?
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Alahai... Tuan Haji Nazli sengaja melakukan brainstorming kat kami pada kuliah hari ini..

Beliau sengaja timbulkan persoalan yang sememangnya terlintas di hati kami... ADAKAH KESATUAN DAN HARMONI adalah daripada perkara yang sama atau kedua-duanya itu adalah berlainan?
Pada mulanya, aku mencuba memberi pendapat aku berkenaan perkara tersebut. Selepas beberapa pendapat diutarakan akhirnya, Tuan Haji Nazli sendiri memberi pendapatnya berkenaan kedua-dua elemen tersebut. Menurut beliau, Kesatuan itu dilihat secara keseluruhan! Manakala Harmoni itu dipandang keseluruhan tetapi dalam pelbagai aspek seperti aspek simetri, aspek jalinan dan sebagainya.

Alhamdulillah banyak perkara yang aku perolehi daripada lecterer yang sememangnya antara paling hebat bakatnya dalam seni pada hari ini.

Mungkin kalian belum faham kenapa kami keliru berkenaan HARMONI dan KESATUAN..
sebenarnya harmoni dan kesatuan adalah salah satu daripada prinsip rekaan yang secara umumnya terdiri daripada 13 elemen. Biarlah aku menjelaskan apa itu Harmoni dan Kesatuan..

Harmoni
- Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud aman dan damai
- Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai dan seimbang
- Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna
- Harmoni tidak akan wujud jika ada unsur-unsur yang bercanggah


Kesatuan
- Kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur dalam sesuatu gubahan
- Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang tenteram, teratur dan selesa
- Ia dilihat secara keseluruhan seperti kadar banding, harmoni, kontra, dan ruang.
- Ia juga dilihat secara keseluruhan.
- Kesatuan dapat menunjukkan imbangan.
- Biasanya kesatuan dilihat apabila semua elemen seni bergabung dan lihat siap keseluruhan.
- Kesatuan juga bergantung kepada komposisi.
- Ia juga wujud dengan elemen keseimbangan dan pengulangan.

Namun kita harus menyedari kebanyakan lukisan moden adalah kontra dengan ciri-ciri kesatuan kerana ada sebahagian pelukis hanya fokus pada sesetengah tempat sahaja. Sebagaimana lecturer aku memberitahu.. kita semua bolehlah merujuk pada teori Gestell yang menghasilkan lukisan yang tidak sempurna.
Kepada sahabat yang sememangnya seorang pakar dalam aliran seni visual, anda dialu-alukan memberi komen atau pembetulan sekiranya apayang diberitahu oleh saya berlaku kesilapan...
 

kesatuan pada benda buatan manusia


kesatuan rupa


kesatuan corak


kesatuan warna



kesatuan jalinan




Antara karya yang bertentangan dengan aspek Kesatuan
Antara arca yang tidak menepati aspek kesatuan

Share this:

CONVERSATION

0 ulasan:

Catat Ulasan