image1 image2 image3

TERIMA KASIH|BLOG AWANANOLOGY STUDIO|SENI TRAVEL JURNAL|SILA LIHAT DI BAWAH

Travelog Dakwah: IPG Destinasiku

Apabila dikenangkan kembali bagaimana aku menjejaki bumi IPG Kampus Dato' Razali Ismail, mungkin aku sendiri akan tergelak dan tersenyum apabila menyusur kembali jejak-jejak menuju ke IPG Kampus Dato' Razali Ismail. 

Firdaus Kassim, Besut(Syafiq Fazrin), Keman, Farhan.(2004)

Aku merupakan bekas pelajar Kolej Islam Sains Terengganu(KIST) atau nama sekarang dikenali sebagai imtiaz Kuala Berang. Merupakan pelajar yang pasif dan kurang bergaul menjadikan aku seperti seekor kambing biri-biri dikelilingi bahaya sekeliling. Aku mudah dibuli kerana kurang berani dan pendiam sekiranya dibuli. Hidup di sini membuatkan aku dalam zon Islami yang dibentuk penjagaan ikhtilat dari segi bersukan namun tidak diberi pendedahan banyak sehinggakan pergaulan muslimin dan muslimat di sini kurang terjaga. Namun, aku tetap kurang bergaul dengan muslimat kerana aku kurang mengerti cara bergaul dengan muslimat.

Pada akhir tahun 2005 iaitu sewaktu aku tingkatan 2, ibu bapa aku membuat keputusan mengejut untuk memindahkan aku daripada KIST kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad atau kami memanggilnya sebagai STAMAD. Sekolah ini memberikan kesedaran kepada aku dalam mengenali apa itu dakwah. Di sini ada segelintir yang melanggar peraturan sekolah membawa telefon dan menonton video lucah 3gp yang sering menjadi perbualan sesama mereka. 

Aku seringkali bercakap soal Islam dan ada yang kurang selesa dengan topik pilihanku kerana menurut mereka terlalu Islamik. Mereka merasakan agak janggal. Bukan semua, akan tetapi kerana yang sedikit inilah yang menyedarkan aku bahawa aku perlu bertindak dalam menuntut ilmu agama lebih lagi dalam menyampaikan kepada kawan-kawan di sekeliling.

Berbanding kawan-kawan di sana aku lebih menggemari nasyid daripada lagu-lagu rock jiwang. Kata kawan emak, ini disebabkan emak aku sering memasang zikir di kala aku sebelum dan selepas lahir menjadikan aku minat yang berkaitan Islamik berbanding adik beradik yang lain. Mungkin ini salah satu kepentingan pendidikan Islam sejak dari kandungan lagi.
Babyface sampai sekarang..keh3


Oleh kerana aku meminati nasyid akhirnya aku melibatkan diri dalam kumpulan nasyid sekolah yang dikenali Simfoni as-Syakirin. Setelah sekian lama, aku ditegur ibu bapa kerana prestasi akademik semakin menurun setelah sertai kumpulan nasyid dan aku diminta untuk keluar daripada kumpulan nasyid agar prestasi aku tidak lagi merosot.

Ketika majlis Maulidur Rasul peringkat sekolah (2008)


Usai menjalani SPM, aku dan Fendi bekerja sebagai pembantu agen Takaful dan pelayan kedai makan. Di sinilah kami mula berkesempatan bertemu dan dibelanja kawan-kawan Ustaz Azhar Idrus. Ini masa dia mula terkenal di Terengganu. Alhamdulillah berjaya bergambar bersama ustaz disampin bersoal jawab berkenaan hukum melukis. :)

Ustaz Azhar di warung Kampung Ladang.


Ketika ini aku juga sempat mendaftarkan diri dalam program pemerkasaan bahasa Inggeris untuk pelajar pasca SPM 2008, di sini aku bertemu pelbagai ragam lecturer dan kawan-kawan. Di sini kami dibentuk keyakinan untuk berdepan masyarakat dan membantu dari segi penggunaan bahasa Inggeris secara lebih effisien. 

Sewaktu ke kawasan Cari Gali Petronas di Terengganu
Aku, Nuha, Syida, U'u' dan sorang lagi sahabat terlupa namanya maaf :(

Akhirnya keputusan dikeluarkan, aku mendapat keputusan 4A sahaja dalam peperiksaan SPM. Malu? Tidak, kerana menurut Madam Chema ramai yang berjaya bukan kerana akademik akan tetapi kesungguhan dia bangkit kembali setelah rebah daripada kegagalan. Terima kasih kepada Mr Joachim yang mengajar erti keberanian dan Mr Chiam yang banyak menegur berkenaan kesilapan dan membaiki grammar kami walaupun sempat belajar selama 3 bulan. Terima kasih kepada kumpulan Calibre yang menjadikan kita semua mengenali walaupun seketika cuma.

Walaupun ditawarkan matrikulasi, TATIUC, dan juga UiTM, aku diminta oleh bapaku untuk menolak tawaran itu. Dengan berat hati untuk menerima arahan itu, aku melaksanakan juga. Aku juga diminta untuk menjalani temuduga IPG. Dalam waktu temuduga, aku sempat bertemu kawan non-muslim. Ditegur dan dijadikan mad'u dakwah walau seketika. 

Di USM sewaktu ayah menerima MASTER bidang sejarah
Tajuk tesis: Pertembungan Ulama Elit(Syeikh Abdul Malek) dengan Ulama Pondok(TG HAji Abdul Rahman Limbong)
di Terengganu

Akhirnya keputusan diterima dan aku ditawarkan menjalani Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan(PPISMP), aku diminta untuk menerima tawaran ini. Minggu orientasi aku jalani dan ada kerenah  senior blok lain yang cuba menunjukkan belang kepada kami. Kami diarahkan tekan tubi dalam bilik gelap kerana alasan tindakan segelintir kami yang kurang ajar kepada senior. Tiga orang senior ini membuatkan kami asyik teringat 'kebaikan' mereka dalam bilik gelap tersebut.

Alhamdulillah, datang senior blok kami, Canglun yang hadir memarahi senior ini yang bertindak zalim ke atas kami. Memang parut ini tidak sembuh sehingga sekarang walau kami memaafkan tindakan kebudak-budakan mereka keatas kami. Terima kasih kepada senior blok kami yang membantu kami.

Program alumni kepada pelajar imtiaz KB.(2011)

Dalam menjalani kehidupan di sini, aku menghadapi pelbagai mehnah terutamanya berkenaan teguran aku terhadap soal memakai legging yang keterlaluan. Ada yang kata cara aku tidak berhikmah. Soalnya mana hikmahnya kalau yang menyoalkan itu tidak tegur juga tindakan perempuan itu walau menurut hikmah yang dikatakan oleh beliau.

Aku terus menimba ilmu agama di sini termasuk menyertai program daurah pondok yang membentuk aku dari segi kefahaman agama yang lebih walaupun secara asas. :)



Share this:

CONVERSATION

3 ulasan:

  1. MasyaAllah, indah perjalanan hidup mu sahabat.

    BalasPadam
  2. setiap perjalanan hidup kita memang indah

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum... kalau boleh kongsilah hukum melukis yang saudara pernah berbincang dengan ustaz ashar idrus tu. Nak tahu etek.. :-)

    BalasPadam