Home
Archive for
Oktober 2012
Lensa ar-Rahman: Video Imam Muda Nuri
IMAM MUDA NURI di IPG KDRI - Isu Penghinaan Terhadap Rasulullah
Tanzim Kerajaan Islam Madinah
Di dalam islam tidak ada istilah atau dasar yang dinamakan sekularisme iaitu dasar pemisahan agama dengan politik serta pentadbiran.Di zaman generasi pertama islam ,pentadbiran negara berpusat di masjid.Antara urusan masjid dan kenegeraan kedua-duanya berjalan seiring.Sesunggunya sekularisme bukan berasal dari tradisi islam tetapi berasal dari tradisi kristian barat. Kerajaan islam Madinah adalah tamadun yang terbaik di dunia kerana keseimbangan antara elemen rohani dan aspek kenegaraan.Kehebatan tamadun ini yang diasaskan oleh manusia yang paling hebat dan mulia di dunia iaitu Rasulullah serta penyusunan gerak kerja organisasi yang sistematik membuktikan islam perlu dibangunkan secara gerak kerja yang kolektif dan berjamaah.Ianya bukti bahawasanya islam itu syumul meliputi segenap aspek kehidupan.
Berikut adalah ‘Jemaah menteri Rasulullah’ yang menjalankan pentadbiran islam di Madinah:
Ketua Negara : Nabi Muhammad Sallahualahiwassalam
Menteri-menteri : Saidina Abu Bakar al-Siddiq
Saidina Umar al-Khattab
Hakim Mahkamah : Saidina Abdullah bin Naufal dan lain-lain.
Majlis perwakilan :
Saidina Hamzah bin Abdul Muttalib
Saidina Abu Bakar al-Siddiq
Saidina Umar Al-Khatab
Saidina Ali bin Abi Talib
Saidina Abdullah bin Mas’ud
Saidina Huzaifah al-Yaman
Saidina Abu Zar al-Ghifary
Saidina Miqdad al-Aswad
Saidina Bilal bin Rabah
Saidatina Aisyah bin Abu Bakar
Mengenai urusan eksekutif ianya dijalankan seperti berikut:
Bendahari Negara : Saidina Abu Ubaidah al-Jarrah
Jurubahasa : Saidina Zaid bin Thabit
Setiausaha Negara : Saidina harith bin auf al- Marj
Saidina Hanzhan bin Rabi’(wakil)
Setiausaha-setiausaha:
1.Dalam Negeri:
Saidina Abu Dajnah al-Saadi Siba bin Urfazhah
2.Luar Negeri:
Saidina Ali bin Abi Talib(hubungan persahabatan)
Saidina Abdullah bin Arqam(hubungan luar negeri)
Saidina Shurabil bin Hasanah(surat-surat perwakilan)
3.Pertahanan
Saidina Abdullah bin Jahsy
Saidina Ubaidah bin Harith dan lain-lain.
4.Ekonomi
Saidina Huzaifah al-Yaman(pertanian)
Saidina Al-Mughirah bin Abu Shu’bah(perdagangan dan tranksaksi)
Saidina Husain bin Numair(perdagangan dan tranksakasi)
Saidina Ilal bin Utbah(pendaftaran dan perusahaan penduduk)
Saidina Abdullah bin Arqam(pendaftaran dan perusahaan penduduk)
5.Kewangan dan sosial
Saidina Zubair Al-Awwam(zakat)
Saidina Jahm bin al-Syalt(zakat)
Saidina Mui’qib bin Fatimah (penghasilan lain)
Saidina Kaab bin Umar al-Ansari(pengeluaran negara)
6.Pendidikan
Saidina Hakam bin Saad(guru di Madinah)
Saidatina Syifa dan Ummu Sulaiman(guru wanita)
Saidina Ubaidah bin Syamit(guru agama)
7.Kesihatan
Saidina Harith bin Kindah
Saidina Rufidah al-Islami
8.Penerangan :
Saidina Hassan bin Thabit(penyair)
Saidina Abdullah bin Ruwahah(penyair)
Saidina Kaab bin Malik(penyair)
Saidina Thabit bin Qais(juru penerang)
Saidina Muaz bin Jabal(juru hukum halal haram)
Saidina Abdullah bin Abbas(penafsir al-Quran)
Saidina Zaid bin Thabit( juru hukum mirath)
Saidina Abdullah bin Masu’d(penghimpun al-Quran)
Saidina Ubbay bin Kaab(penghimpun al-Quran)
9.Keamanan dan pengawasan(hisbah) :
Saidina Qais bin Saad bin Ubadah(pengawasan)
Saidina Umar al-Khattab(pengawasan susila)
10.Perkhidmatan Awam
Saidina Uthman bin Affan
Pencatat al-Quran:42 orang
Protokol:10 orang
Penolong peribadi:Saidina Huzaifah al-Yaman
Gabenor-gabenor Wilayah:
1.Saidina Utab bin Usaid(Makkah)
2.Saidina Bazan bin Sasan(Yaman)
3.Saidina Khalid bin Said Al-Ass(Najran)
4.Saidina zaid bin Lubaid(Hadramaut)
5.Saidina Abu Musa Al-asyari(maghribi dan Aden)
6.Saidina Muaz bin jabal(Yaman)
7.Saidina Ya’ala bin Umaiyah(al-Jundi)
8.Saidina Umar bin Shihar al-Hamdani(Hamdan)
9.Saidina Amru bin Hazmin(Hajran)
10.Saidina Zahir bin Abi Halah(aka dan Asya’rin)
11.Saidina Abu ufyan bin harb(Najran)
12.Saidina Akashah bin Thur(Sakasik dan Sakun)
13.Saidina Illal bin Hadhrami(Bahrin)
14.Saidina Yazid bin Abi Sufyan(Tihamah)
15.Saidina Amru bin Al-Ash(Oman)
16.Saidina Wail bin Hajr al-Hamdani(Hadrahamaut)
17.Saidina Abu Bakar as-Siddiq(memimpin ibadah haji pada tahun 9 H yang bertaraf Gabenor)
Duta-duta dan perwakilan istimewa : 23 orang
Lirik Perjuangan: Dunia Baru Islam
Masih basah kenangan indah
Zaman cemerlang era gemilang
Ketika Rasul ada di sisi
Para sahabat mentadbir bumi
Zaman nubuwwah era khulafa'
Islam laksana api yang menyala
Menerangi teman dan juga sahabat
Bahang panasnya membakar lawan
Di celah itulah
Kami mengatur langkah
Membina sebuah thoifah
Di sini bara
Tak pernah padam
Digenggam kukuh
Sebuah azam
Ayuhlah para mujahid
Ayuhlah para mujahidah
Kita tinggalkan zaman fitnah
Agar tertegak kalimatullah
Agar terbangun.....
Dunia Baru Islam
Lagu : The Zikr
Lirik : Pahrol Mohd Juoi
Surah al-Jum'uah: Ada Apa Pada Innocent of Muslim?
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita daripada negara luar bahawa terbitnya filem dan trailernya yang berjudul Innocent of Muslim. Seluruh umat Islam tidak terkejut seperti biasa, dan reaksi biasa dilakukan berlaku. Apa dia? Berdemostrasi membantah apa yang dilakukan mereka menghina Nabi Muhammad. Penulis menonton sendiri filem tersebut yang agak membosankan.
Istilah yang digunakan untuk menghina Nabi Muhammad antaranya anak luar nikah, gila, gila wanita hatta wanita yang sudah berpunya suami(dimanipulasi kisah Sofiyyah), jihad menggalakkan pembunuhan, kitab al-Quran hasil gabungan Taurat dan Injil bantuan Waraqah bin Naufal dan gambaran salah penerimaan wahyu pertama Nabi Muhammad.
Cuba bayangkan seorang insan mulia dihina seluruh dunia bahkan diaibkan dengan tuduhan fitnah yang dilemparkan secara fakta yang telah diseleweng. Penghinaan ini wajib mengguriskan hati kita seandainya kita ini mengakui bahawa kita merupakan ummat Nabi Muhammad SAW.
(Pengutusan Nabi Muhammad s.a.w, kepada umat manusia seluruhnya) itu (yang menjadi rahmat) adalah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan sememangnya Allah mempunyai limpah kurnia yang besar.(al-Jumuah-4)
Perlu kita semat salam hati bahawa hadirnya Nabi Muhammad bukan untuk memberi fitnah kepada umat Manusia tetapi mencerahkan dunia yang gelap tanpa cahaya Tauhid sebagaimana para Rasul sebelum ini menyampaikan risalah tanpa lelah dan jemu.
Bagaimanakah seharusnya tindakan kita terhadap isu yang mencalar perasaan kita kerana insan yang disayangi dihina demikian rupa? Jawapannya kita kembali menelusuri sirah Nabawiyyah yang usang daripada ingatan kita. Apa yang diingati dahulu sekadar cukup untuk lulus ujian Pendidikan Agama Islam tanpa memikirkan kepentingannya dari segi mengenali susuk tubuh yang banyak berkorban demi umatnya tanpa penat tanpa jemu. Tanpa mengharapkan apa-apa bahkan menangisi akan azab yang bakal ditimpa oleh umatnya yang derhaka akan perintah Allah.
Sirah yang kita ketahui adakah cukup merasai mendalam akan rindu terhadap Rasulullah? Apa yang penulis mahukan pembaca memahami kalimat 'Asyhadu Anna Muhammadan Rasulullah!' sebenar-benar makna. Memahami dan melaksanakan menurut hakikat kita diciptakan untuk beribadah kepada Allah memadai agar rasa diri mempunyai sekelumit cinta terhadap pembawa risalah ini.
Baginda sudah maksum, terjamin syurga buatnya. Akan tetapi, dikorbankan kenikmatan dunia demi merasakan perjuangan menyebarkan syariat agar ummatnya dapat sama-sama merasai nikmat Iman dan Islam sebagaimana baginda merasainya itu sendiri.
Sahabat-sahabat, Rasulullah mengorbankan harta Saidatina Khadijah, sanggup menghadapi ancaman bapa saudara sendiri, dituduh gila, diboikot dan dihina sebegitu rupa semata-mata mengharapkan risalah ini tersebar sehingga mampu dinikmati oleh kita bernama muslim!
(Sifat-sifat Nabi Muhammad itu telahpun diterangkan dalam Kitab Taurat tetapi orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka) bandingan orang-orang (Yahudi) yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim. (Surah al-Jumuah- 5)
Penghinaan ini bagi pihak mereka tidak lain tidak bukan untuk memprovokasi umat Islam agar memberikan reaksi yang tidak sesuai selaku seorang memegang muslim. Dalam buku Aku dan Ikhwanul Muslimin menurut Syeikh Yusuf Qaradhawi mengatakan bahawa tentera Israel pernah mengatakan mereka takut tentera yang bertakbir Allahu Akhbar. Mereka menurut tentera Israel, tentera ini dahagakan mati syahid bertentangan dengan tentera Israel yang menetap haram di tanah Palestin untuk hidup.
Bagaimana kita untuk beroleh kehormatan sebagaimana tentera ikhwan tersebut? Jawapannya sebagaimana kata-kata tentera Israel yang agak terkenal, namun umat Islam tidak mampu melakukannya iaitu solat berjemaah Subuh sebagaimana solat Jumaat. Mampukan mereka lakukan sebegini?

Talk Show Imam Muda Nuri
Alhamdulillah, usai sahaja program yang dilakukan sempena Hari Terbuka IPG KDRI 2012. Pengisian yang cukup mantap daripada Imam Muda Nuri. Sebelum ini, aku hanya ikuti perkembangan beliau melalui Astro Oasis, namun pada hari ini kedua mata ini sempat menatap dan bergambar bersama daie muda antara penggerak dakwah Malaysia seiring kehangatan Imam Muda Asyraf, Ustaz Azhar, dan daie2 yang lain pelbagai bidang.
Pada mulanya sebelum kehadiran VIP dan tetamu jemputan program ini, kita semua disajikan tayangan video Aku dan Muhammad yang cuba menjentik perasaan cinta terhadap Rasulullah sebelum beralih kepada Imam Muda Nuri mengupas lebih lanjut.
Aku dan Imam Muda Nuri |
Perbincangan JPP dan BADAM (persiapan) |
Testing... |
Selain itu, doa amat penting lalu Imam Muda Nuri kaitkan kisah Azazil yang bongkak sehinggakan menjadi Iblis durjana. Sunnah nabi juga ditekankan selain sibuk nak demostrasi. Beliau sendiri terlibat dalam demostrasi dalam membangkitkan semangat dalam membantah penghinaan Nabi SAW di Pahang.
Dibawah ini adalah post sahabat terhadap apa yang disampaikan oleh IM Nuri. Nantikan video talk show beliau. Akan diupload.
5 tips drpd IM Nuri utk menangani isu2 sensitiviti agama:1. Berdoa kpd Allah 2. Tuntut ilmu agama3. Jadikan ilmu sebagai benteng4. Fikir cara terbaik sblm bertindak5. Sabar & redha ujian Allah
Sampai Imam Muda Nuri disambut meriah. |
NYDP BADAMD memberi taklimat program yang bakal berlangsung |
Antara sahabat yang hadir. |
Armazurin dan Imam Muda |
Muaz Hakimi dan Imam Muda |
malas daa nak royak... takde suara! |
MC program dan Imam Muda |
Bersama pensyarah dan Pengarah |
Bersama Pengarah |
Bergambar dengan SU BADAMD |
Gaya sempoi... hehe |
Langgan:
Catatan
(
Atom
)