Kisah Di Ambang Kematian
Minggu ini, aku mendengar khutbah Jumaat di Masjid UniSZA. Khatibnya berkhutbah bukanlah membaca khutbah sebagaimana sebahagian khatib di masjid lain.
Khatib pada hari tersebut menceritakan kisah dua orang hamba Allah di ambang kematian. Beza di antara keduanya ialah salah seorang daripada mereka mukmin dan hamba Allah yang satu lagi kafir.
Si mukmin ini meminta tolong anaknya untuk mencarikan susu kambing sebagai permintaannya yang terakhir. Masa berlalu, si anak minta maaf kerana tidak berjaya mendapatkan susu kambing yang dihajati oleh si bapa yang mukmin ini. Mungkin anda menjangkakan si mukmin ini memarahi anaknya atau menyuruh anaknya mencari kembali susu kambing yang dihajati. Aku pun menyangkakan seperti sedemikian. Ternyata tanggapanku silap.
Si mukmin ini menerima kenyataan tersebut bahkan mengucapkan, "Alhamdulillah, ini ujian daripada Allah."
Si kafir yang juga menempuh detik-detik terakhir dalam hidupnya di dunia meminta anaknya mencarikan ikan yang dihajatinya. Maka, Allah menyempurnakan hajat hamba-Nya yang kafir itu apabila ikan-ikan berkumpul di pantai, memudahkan anak si kafir tersebut menangkap ikan yang dihajati bapanya. Kedua-duanya(si mukmin dan si kafir) meninggal dunia.
Para malaikat bertanyakan perihal peristiwa tersebut kepada Allah, kenapa Allah tidak menyempurnakan hajat hamba-Nya yang beriman bahkan menyempurnakan hajat hamba-Nya yang tidak beriman dan ingkar segala perintah-Nya.
Allah membalas pertanyaan tersebut dengan berfirman bahawa hamba-Nya yang beriman tetap diuji sedemikian rupa kerana itulah harga yang perlu dibayar untuk memasuki syurga Allah. Bahkan, dia tidak memarahi anaknya kerana tidak dapat menunaikan permintaan terakhir.
Aku merenung. Sejauh manakah hati ini bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan? Rahmat dan rezeki yang melimpah-limpah kurniaan Allah Taala, di manakah aku sewaktu senang? Allah aku takut aku lalai dengan nikmat yang engkau limpahkan kepada hamba-Mu yang lemah ini...

Gambar hiasan |