Seni itu abstrak maknanya. Misteri. Sukar diungkapkan. Kenapa?
Adakah seni itu terbentuk melalui karya-karya yang indah semata?
Tidak. Bahkan seni itu untuk semua. Tamadun, kekuatan, dan cinta sering dikaitkan dengan seni. Islam dan seni sesuatu yang berbeza atau tidak bergantung kepada motif yang ingin dibawa.
Seni menurut Islam adalah suatu yang indah, karyanya dan 'kehalusan'nya tidak bercanggah dengan Islam. Seringkali kita kaitkan Seni Muzik dengan Islam bukannya seni menurut Islam sehingga mengelirukan umat bahawa Islam tidak memandang manfaat seni untuk berdakwah.
Al-Farabi menjelaskan bahawa seni sebagai ciptaan yang berbentuk keindahan. Al-Ghazali pula menjelaskan seni dengan maksud kerja yang berkaitan dengan rasa jiwa manusia yang sesuai dengan fitrahnya.
Menurut perspektif Islam, daya kreatif seni adalah dorongan atau desakan yang diberikan oleh Allah yang perlu digunakan sebagai bantuan untuk ‘memeriahkan’ kebesaran Allah. Berseni haruslah bermatlamatkan kepada perkara-perkara makruf (kebaikan), halal, dan berakhlak.
Masjid Wilayah Persekutuan |
Jiwa seni mestilah ditundukkan kepada fitrah asal kejadian manusia kerana kebebasan jiwa dalam membentuk seni adalah menurut kesucian fitrahnya yang dikurniakan Allah s.w.t. Fungsi seni lebih kurang sama dengan akal supaya manusia menyedari perkaitan antara alam, ketuhanan dan rohani atau dengan alam fizikal. Lantas ia menyedari keagungan Tuhan dan keunikan penciptaan-Nya.
Konsep kesenian menurut perspektif Islam ialah membimbing manusia ke arah konsep tauhid dan pengabadian diri kepada Allah s.w.t. Seni dibentuk untuk melahirkan manusia yang benar-benar baik dan beradab. Motif seni bermatlamatkan kebaikan dan berakhlak. Selain itu, seni juga seharusnya lahir sebagai satu proses pendidikan yang bersifat positif dan tidak lari daripada batas-batas syariat.
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyeru kepada yang ma'ruf dan mencegah yang munkar, merekalah orang-orang yang beruntung." (QS. Ali Imran [3] : 104).
"Kalian adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi manusia, kalian menyuruh (berbuat) kepada kebaikan dan mencegah dari kemunkaran dan kalian beriman kepada Allah." (QS. Ali Imran [3] : 110).
"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang maruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat, dan mereka ta’at kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka akan diberi rahmat oleh Allah, sesungguhnya Allah Maha perkasa lagi Maha Bijaksana"(QS At Taubah: 71)
Ketiga-tiga ayat di atas merupakan dalil kepada kita untuk berdakwah selagimana kita bergelar muslim.
Menurut Imam Said bin Jubair, "Jika seseorang tidak mahu mengajak kepada yang ma'ruf dan mencegah kemunkaran sehingga keadaan dirinya sempurna, maka tidak akan ada seorangpun yang akan mengajak kepada yang ma'ruf dan mencegah kemunkaran." Iman Malik mendukung pendapat Imam Said bin Jubair ini, dan beliau sendiri menambahkan, "Dan siapakah diantara kita yang lengkap dan sempurna?"
Jelas dapat disimpulkan bahawa dakwah bukanlah tugas para ulama semata-mata bahkan ia menjadi hak muslim untuk berdakwah kepada setiap manusia.
Seandainya ada sebilangan yang mengatakan seni dan Islam itu bukanlah penting, itu salah bahkan seni itu membentuk kekuatan dan membina hikmah dalam berdakwah itu sendiri!
Doakan aku untuk membuat karya yang mendidik jiwa dan selari dengan Islam.
Peace!!!
Cikgu PSV.
0 ulasan:
Catat Ulasan