Sepuluh Perkara Yang Terbaik: Cintailah Para Ulama
Dewasa ini, kita melihat ada sebilangan golongan yang mula tidak menghormati ulama. Ada yang mencerca mereka. Ada ulama diancam untuk dibunuh. Ini semua kerana perselisihan pendapat. Namun, sanggupkah kita mencontohi tradisi Yahudi yang membunuh ulama dan nabi mereka?
Berkata Sayyidina Ali bin Abi Talib r.a.:
Tumpuan ilmu dan amal ini boleh dikaji menerusi ayat Allah SWT sebagaimana berikut:
Sebab itulah menurut salah seorang ulama, Ibnu Kathir yang dikenali sebagai Mufasir yang terkenal mengulas ayat di atas mengatakan bahawa:
Menurut beliau, beberapa ciri-ciri ulama pewaris nabi antara lain:
(a) Memiliki keimanan yang kokoh, ketakwaan yang tinggi, berjiwa istiqamah dan konsisten terhadap kebenaran;
(b) Memiliki sifat-sifat kerasulan: jujur (shiddiq), amanat (amanah), cerdas (fathanah) dan menyampaikan (tablig);
(c) Faqih fi ad-Din sampai rasikhun fi al-Ilm’;
(d) Mengenal situasi dan kondisi masyarakat;
(e) Mengabdikan seluruh hidupnya untuk memperjuangkan dan menegakkan ajaran Allah SWT.
Mereka tabah dan sabar menghadapi segala macam tantangan dan halangan demi memperjuangkan Islam dan umatnya; bukan demi membela kepentingan peribadi, pimpinan atau kroninya. Mereka selalu menegakkan kewajiban dan mencegah kemungkaran. Mereka tidak menyembunyikan apalagi memutarbalikkan syariah Islam.
Ulama tidak mendiamkan, tidak menyetujui dan tidak mendukung kezaliman dan siapapun yang berbuat zalim. Tegas sekali Allah SWT berfirman (yang ertinya): Janganlah kalian cenderung (la tarkanû) kepada orang-orang yang berbuat zalim, yang dapat mengakibatkan kalian disentuh api neraka (QS Hud [11] : 113).
Ibnu Juraij menyatakan bahwa kata “la tarkanu” bererti jangan cenderung kepadanya. Qatadah menyebutkan, jangan bermesraan dan jangan mentaatinya. Abu Aliyah menerangkan bahwa kata itu bererti jangan meredhai perbuatan-perbuatannya.
____________________________________________________________________________
Oleh itu, ana menyeru kepada sahabat sekalian untuk menyemai rasa cinta, kasih akan ulama yang sememangnya mereka lebih dekat dengan Allah berbanding manusia yang lain. Siapa lagi layak untuk kita semai kasih dan cinta kerana kala kita lalai, alpa, bergeluamng dengan maksiat dan tergelincir dari landasan Allah, merekalah yang memperbetulkan landasan kita. Merekalah kompas terbaik bagi kita untuk menuju ke akhirat.
Adapun berkenaan isu ulama yang sombang, angkuh dan zalim ke atas hamba-Allah yang lain tidak pernah wujud kerana telah diterangkan seperti di atas bahawa hanya orang yang benar-benar bertaqwa(takut kepada Allah) yang layak bergelar ulama menurut al-Quran bukan pada pandangan kerdil kita selaku hamba yang hina... renung-renungkanlah! Selamat beramal! Apa yang baik pada hamba yang faqir lagi hina ini, sila sebarkan demi kebaikan ummat dan apa2 yang kekurangan itu, cuba tegur kerana ana masih lemah dalam bidang penulisan. Doakan projek ana untuk menghasilkan 2 buah novel tercapai... Insya-Allah!
Ada kata sanggup kena hukuman mahkamah selepas bunuh TG Nik Aziz. Bagaimana pula dengan hukuman akhirat? |
Berkata Sayyidina Ali bin Abi Talib r.a.:
Ilmu adalah sebaik-baik warisan, adab itu sebaik-baik pekerjaan, taqwa itu sebaik-baik bekalan, ibadah adalah sebaik-baik perniagaan, amal soleh sebaik-baik penuntun syurga, akhlak terpuji adalah sebaik-baik teman(dunia-akhirat), sikap lemah lembut adalah sebaik-baik penolong, qanaah(kepuasan hati dengan rezeki yang ditentukan Allah) adalah sebaik-baik kekayaan, taufik ialah sebaik-baik pertolongan dan kematian itu merupakan sebaik-baik pendidik menuju perangai terpuji.Sememangnya diakui bahawa ulama adalah pewaris para nabi, kerana ilmu itu ibarat harta warisan atau harta pusaka. Oleh sebab itu, kita sepatutnya menghormati dan menghargai ulama, mendekati mereka, dan menolong mereka dalam menegakkan syariat Allah.
Tumpuan ilmu dan amal ini boleh dikaji menerusi ayat Allah SWT sebagaimana berikut:
Sesungguhnya yang takut kepada Allah SWT dari hamba-hamba-Nya adalah hanyalah ulama.(Faatir : 28)Sebagaimana maklum perkataan ulama adalah bentuk jamak daripada alim yang bermakna "orang yang berilmu". Dengan demikian berdasarkan ayat Allah di atas orang yang alim adalah orang tidak takut atau tidak bertaqwa kepada Allah. Maknanya sehebat dan setinggi mana pun ilmu seseorang itu, sekiranya dia tidak bertaqwa kepada Allah maknanya dia belum layak digelar orang berilmu. Di sinilah kita melihat perbezaan konsep ilmu menurut al-Quran berbanding konsep ilmu yang dikemukakan menurut pandangan kerdil kita yang lemah lagi hina ini.
Sebab itulah menurut salah seorang ulama, Ibnu Kathir yang dikenali sebagai Mufasir yang terkenal mengulas ayat di atas mengatakan bahawa:
Sesungguhnya yang paling takut dikalangan Allah SWT dengan sebenar taqwa adalah hanya ulama yang memahami tentang Allah, kerana jika pengetahuan mereka mendalam dan semakin sempurna nescaya ketaqwaan kepada Allah SWT juga semakin tinggi"Imam Nawawi al-Bantani menjelaskan kriteria ulama pewaris para nabi ini. Menurut beliau mereka adalah hamba Allah yang beriman, menguasai ilmu syariah secara mendalam dan memiliki pengabdian yang tinggi semata-mata karena mencari keredhaan Allah SWT; bukan keredhaan manusia. Dengan ilmunya, mereka mengembangkan dan menyebarkan agama yang haq, baik dalam masalah ibadah maupun muamalah.