Ilmu tidak mampu diterima oleh mereka yang gelap hatinya. Ilmu bukan untuk mereka bergelumang dengan maksiat. Kerna ilmu, sinar hidayah menitis di dalam hati insan terpilih. Ramai sahabat mengatakan bahawa, aku ni belum sampai seru untuk pergi Balai Islam(surau IPG KDRI).
Ramai manusia lupa dan alpa akan nikmat yang diterimanya. Apa bila tiada air, mereka terus tangguh untuk melaksanakan solat walhal di masjid dan di surau ada segala-gala kelengkapan. Kata nak qada'... Qada' apanya? Kalau tak ada air sembahyang, tayyammum kan ada!.. Ala tayammum tak boleh pula! Banyak alasan apabila nak laksanakan perintah Allah. Ni baru perintah Allah berupa fardhu ain yang patut dan wajibnya dilaksanakan. Apabila kerajaan tidak mahu buat hukum Hudud marah. Kritik habis-habisan seolah-olah kitalah yang betul seratus peratus.
Berbalik semula dengan tajuk perbincangan kita, berkenaan dengan ilmu. Adakah kalian ingat akan kisah berkenaan Imam as-Syafie merasakan sukar untuk mengingati ilmu dek melihat aurat wanita? Apakah kata-kata gurunya yang menjadi terkenal sehingga ke hari ini? Ketahuilah bahawa ilmu itu cahaya dan cahaya Allah itu tidak diberikan kepada orang yg melakukan maksiat. Maksiat itu bukan sahaja berupa perbuatan seperti zina, fitnah dan menipu bahkan ia juga merujuk dengan perbuatan mengundang dosa besar tersebut seperti bercouple, tidak menjaga ikhtilat dan perkara seumpamanya.
Orang bongkak tidak akan mendapat ilmu sebagaimana yang diingininya. Sudah menjadi lumrah air hujan turun di atas tanah rendah yang rata bukan atas puncak gunung yang tinggi. Orang bongkak amat sukar menerima kritikan. Orang bongkak sukar memberi nasihat kerana takut ilmunya menyebabkan orang lain menjadi lebih hebat daripadanya.
Kita seharusnya mempunyai adab dalam menuntut ilmu. Di antara adab-adab menuntut ilmu:
1)Mengambil wuduk sblm membaca kitab tersebut kerana wuduk itu nur.
2)Sebelum baca kitab(ugama), sedekahkan AlFatihah kpd Rasul junjungan kita dan tidak ketinggalan juga penulis buku itu dgn harapan kita dpt maanfaat dari apa yg beliau tulis.
3)Sentiasa memperbaharui niat kita dlm membaca kitab tersebut. Make sure yg niat kita 2 krn Allah. Bukan saja utk mendapat ilmu tapi utk mencari hidayah kerana kalau kita membaca setakat utk mendapatkan ilmu, niat kita seolah-olah sama dengan niat2 orang oreantalis2. Mereka pun mengkaji AlQuran, Islam..tapi kerana salahnya niat mereka menyebabkan mereka tidak mendapat hidayah hasil dari pembacaan mereka itu. Kerana ilmu itu buahnya ialah hidayah dan satu tanda orang itu mendapat hidayah ialah ia segera melakukan ketaatan. Kita checklah diri kita kembali.. samada buah ilmu itu ada tak pada diri kita. Kalau belum... maknanya ilmu yg kita pelajari 2 belom lagi bermanfaat. Sentiasalah jaga adab2 menuntut ilmu supaya ilmu itu lebih berkesan.
Sebenarnya Ikhlas itu suatu martabat yg paling tinggi dan ia susah utk diperolehi.. walaumacamna kita belajar rajin2 pon atau banyak membaca..mesti ade niat lain yg tersembunyi yg kita tidak sedari contoh blajar kerana exam atau supaya bila orang bertanya kita tentang suatu masalah, kita dapat menjawabnya.Terutama orang yg berada didalam aliran agama... kalau niat kita belajar 2 kerana utk mencapai cita2 sbg ustaz/ustazah, sebenarnya niat kita 2 belum betul2 ikhlas, walaupon nampak niatnya mcm baik tapi sebenarnya belom lagi mencapai tahap keikhlasan. Ditakuti ilmu agama yg telah dipelajari itu menjadi hujjah ke atas diri kita di hari pembalasan nanti.
Satu tanda ilmu itu didada dan bukan di garisan(buku) iaitu misalnya kalau orang tanya tentang sesuatu pelajaran, kita mampu menjawabnya tanpa perlu rujuk kepada buku utk mendapatkan jawapannya. Kalau orang yg ilmunya setakat didalam buku... beliau tidak mampu utk menjawabnya kecuali setelah ia membuka buku. maknanya disini beliau belom memahami lagi apa yg telah dipelajarinya. Sebab itu bila kita belajar tu jangan kerana exam.. kerana hasilnya, kita tidak memperolehi apa-apa manfaat dari apa yang telah dipelajari..lepas exam..ilmu pun hilang begitu saja..
4)Jangan letakkan kitab itu di tempat yg rendah
Diceritakan ada seorang orang alim ni, beliau betul2 menjaga adabnya dgn kitab sehinggakan beliau tidak sanggup menindih bukunya dgn buku2nya yg lain.
0 ulasan:
Catat Ulasan