image1 image2 image3

TERIMA KASIH|BLOG AWANANOLOGY STUDIO|SENI TRAVEL JURNAL|SILA LIHAT DI BAWAH

Transformasi Imam Muda Terengganu



Alhamdulillah.. walaupun penulis kesibukan untuk mengulangkaji subjek peperiksaan akhir semester, penulis dan 20 oranng sahabat sempat menghadiri Program IMAM MUDA TERENGGANU yang dianjurkan oleh Jabatan Perdana Menteri dan salah satu penganjur realiti TV IMAM MUDA OASIS, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP). Seramai 200 orang telah dipanggil untuk menyertai program IMAM MUDA.


Pihak IPG juga menghantar seramai 20 orang mahasiswa perguruan untuk menyertai program yang pernah dianjurkan di Pekan untuk kali pertama dan sekarang dianjurkan di negeri Terengganu pula. Dalam program ini, calon-calon Imam Muda diberi taklimat dan penerangan berkenaan asas-asas untuk menjadi imam. Pada hari pertama penulis hadir lambat ke program ini kerana baru sahaja usai menjalani peperiksaan untuk kertas Falsafah Pendidikan.


Sampai di sana, kami meyiapkan diri untuk solat Maghrib. Alhamdulillah, segala-galanya berjalan lancar. Para Imam Muda mendengar celoteh dan ceramah berkenaan cara penyampaian khutbah berkesan. Sememangnya teknik dan cara yang diajar boleh juga diaplikasi untuk public speaking dan pidato. Amat bermanfaat bagi diriku dan sahabat Imam Muda.

Sebelum itu, kami diperkenalkan ahli kumpulan masing-masing dengan menjalankan sesi taaruf. Fasilitator kami sememangnya sporting dan pandai melayan kerenah mahasiswa perguruan IPG KDRI yang semenangnya TERLEBIH bercakap. Haha... Kerenah ana, Imam Muda Mustaqim, dan Imam Muda Luqman yang sememangnya sering bergurau dan berkata-kata menjadikan kami semua diberi tanggungjawab untuk memikul halatuju kumpulan kami bersama Imam Muda Sabir.


Keesokan hari, kami meneruskan aktiviti dengan mengaji al-Quran bersama-sama dalam slot LDK- BAcaan surah pilihan. Kemudian, ana terjumpa sahabat lama daripada sekolah lama ana, Kolej Islam Sains Terengganu(IMTIAZ KB) iaitu Jamal... Fuuhh terasa sejuk je bila jumpa dia... Yelah.. jumpa dalam dewan yang berhawa ter'over'dingin..haha

Selepas mendengar ceramah Dr Ahmad Bazli iaitu Pengarah Institut al-Quran Terengganu(IQT), kami mendengar ceramah yang disampaikan oleh bekas Timbalan Mufti Terengganu, Ust. Halim Awang. Memang kelakar dan bermanfaat. Seterusnya kami meneruskan aktiviti ke Masjid Batu Rakit untuk mendengar khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Imam Muda Asyraf. Rata-rata hadirin mengatakan kekaguman terhadap khutbah yang disampaikan oleh IM Asyraf. Kalau kita lihat sekarang ini, ramai khatib membaca khutbah bukannya menyampaikan khutbah. Apabila roh tiada dalam ucapan, maka secara tidak langsung pendengar tidak beroleh manfaat ketika mendengar khutbah. Bahkan sekadar memberi peluang kepada hadirin untuk 'memejamkan mata sejenak' sementara menunggu untuk menunaikan solat Jumaat.




 Alhamdulillah kemudian Imam Muda Asyraf hadir ke surau UMT untuk memberi motivasi kepada calon-calon Imam Muda. Banyak isu yang dikupas termasuk berkenaan dakwah dan mad'u, sambutan orang ramai terhadap imam muda, bercinta selepas kahwin dan mencintai ilmu demi manfaat diri.
Kata Imam Muda Asyraf, kita(terutamanya wartawan) lebih promosi remaja yang negatif berbanding remaja yang soleh... sebab tu, sistem kita kelihatan songsang dn teruk



IM Jamal dan penulis




sedapnya tidur...


Imam Muda IPG


Juara Imam Muda Terengganu, IM Sabir ditemuramah
Nampaknya ramai peserta menganggap program Imam Muda sekadar program politik kerajaan. Namun, bagi ana selagi kita memanfaatkan peluang yang ada untuk menuntut ilmu kita tetap beroleh manfaat daripada program seumpama ini. Andai kata kita senantiasa curiga dengan aktiviti yang dijalankan oleh kerajaan, kita yang rugi. Namun, kita harus berhati-hati andai kata program yang kita lalui itu benar-benar membinasakan kita..tarik diri awal-awal. Semoga program ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Bersama-samalah kita menjayakan transformasi kepimpinan Imam Muda dan dibantu/didokong oleh imam lama. Insya-Allah... andai ada persoalan ingin diutarakan berkenaan program ini, saya mengalu-galukan soalan daripada tuan dan puan.

Share this:

CONVERSATION

0 ulasan:

Catat Ulasan