Ahlan Wa Sahlan 2012...
"Dan siapakah yang lebih baik dinnya dari orang yang menyerahkan wajahnya (dirinya) kepada Allah, sedangkan dia berbuat ihsan dan mengikuti din Ibrahim dengan hanya cenderung kepada Allah."
(Al Nisa': 125)
Kata orang, pengalaman mematangkan kehidupan.
Kata aku, mempelajari pengalaman barulah dapat mematangkan kehidupan!
Belajar dari pengalaman sebenarnya kunci terbaik untuk sesiapa yang berhajat untuk berubah ke arah lebih baik. Kadangkala kita anggap melakukan kesilapan adalah perkara yang memalukan tapi sebenarnya itu satu perkara yang bagus SEKIRANYA kita ambil IKTIBAR daripada masalah dan sesuatu perkara yang dialami.
Untuk mencapai bintang di langit adalah sesuatu perkara yang mustahil tetapi sekiranya tekad yang tinggi dipasakkan dalam hati, segala-galanya tidak mustahil. Macam mana tu? Contoh paling mudah, kita lihat sejarah penciptaan mentol. Adakah segala-galanya bermula dengan mudah? Mungkin kalau kita bukan Thomas Edison, kita akan katakan bahawa kemungkinan mentol dapat digunakan dalam kehidupan seharian amat mustahil!
Apa yang mahu dikatakan sebenarnya tiada mustahil untuk berjaya bahkan tiada mustahil untuk berubah. Tahun baru, azam baru moga tersemat dalam sanubari kalbu kalian. Tekadkan azam kalian untuk memastikan azam kali ini lebih berjaya. Tapi matlamat muslim mesti dikekalkan dan tingkatkan momentum untuk merealisasikan matlamat muslim kita iaitu mencapai keredhaan Allah.
dan...
jangan lupa tujuan hidup kita...
Firman Allah yang mafhumnya:"Dan Aku tidak ciptakan jin dan manusia kecuali untuk ber'ibadah kepada Ku. " (Adz Dzariyat: 56)