Assalamualaikum...
Alhamdulillah... 2011 bakal melabuh tirainya dalam beberapa jam sahaja lagi. Pelbagai onak duri ditempuh sepanjang tempoh satu tahun. Manis pahit pengalaman bersilih ganti. Semua tiada kekal melainkan diabdikan dalam memori ini. Insya-Allah memori ini akan dirakam kembali di Padang Mahsyar untuk dihisab baik buruk perbuatan kita.
Diari 2011 saya dibuka kembali buat kali terakhir...
Saya dilantik menjadi Ketua Lajnah Penerbitan dan Multimedia Biro Agama Kerohanian (BADAM), Ajk Lajnah Usrah dan Tarbiyyah, Ketua Fasilitator Kem Menuju Puncak IV dan beberapa lagi amanah yang disandang namun kesemuanya dilaksanakan tidak begitu sempurna. Banyak cacat celanya. Oleh itu, saya merasakan tahun 2012 mungkin saya akan memperlahankan peranan saya di IPG KDRI.
2011...
Banyak pengalaman yang ditempuh bersama-sama geng imarah Balai Islam, sahabat BADAM, dan ahli Keluarga Jabatan Kajian Sosial. Paling banyak pengalaman yang dirasai selaku ahli Unit Pendidikan Seni Visual. Daripada masalah buat tugasan sehinggalah masalah peribadi, semuanya digauli dan diadun mengikut acuan Allah SWT akhirnya menjadi pengalaman berharga buat kita semua. Kata Ustaz Nik Abduh, kalau dilihat daripada perspektif kita semua, cerita-cerita lampau bila dikenang kadangkala membuatkan kita malu. Ini kerana itu semua menjadi pengalaman. Semoga pengalaman mengajar kita untuk mengenal Allah dengan lebih dekat bahkan menjadi hamba-Nya yang senantiasa BERSYUKUR!
Diari 2011 ditutup. NOKTAH.
CONVERSATION
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 ulasan:
Catat Ulasan