image1 image2 image3

TERIMA KASIH|BLOG AWANANOLOGY STUDIO|SENI TRAVEL JURNAL|SILA LIHAT DI BAWAH

IPG ZIKIR: Realistik Atau Idealistik?

Apakah itu IPG ZIKIR? Adakah matlamat BADAM ini merupakan satu perkara yang realistik? Kenapakah perkara ini sering dilaung-laungkan oleh pihak BADAM walhal kita lihat waqi' di IPG KDRI kelihatan agak mustahil?(sebenarnya tidak mustahil)


Sebenarnya idea ini dipinjam daripada konsep NEGARA ZIKIR Brunei Darussalam.
Dalam ucapan dasar tersebut Presiden merujuk titah KDYMM pada sempena sambutan Aidiladha pada 9 Zulhijjah 1428 bersamaan 19 Disember 2007.
Katanya dalam titah tersebut baginda sultan telah menitahkan:
Beta, Insya Allah akan terus berazam untuk menjadikan Brunei sebuah ‘Negara Zikir’ yang sentiasa mengagongkan Allah, supaya kita selalu berada dalam perhatian dan pemeliharaanNya, sesuai dengan janjiNya dalam surah Al-Baqarah ayat 152, tafsirnya: Kamu ingatlah Aku, nescaya Aku
mengingati kamu pula”.
Sekali lagi, jelas Presiden, Kebawah DYMM  menitahkan atas  isu yang sama semasa perasmian Majlis Ilmu sempena sambutan hari Keputeraan Baginda yang ke 62, pada 26 Julai – 6 Ogos 2008 supaya:

“….semua pihak mestilah sama-sama memahami karekteristik Negara Zikir itu, apa fundamentalnya dan bagaimana ruang lingkupnya, supaya kita benar-benar meyakininya sebagai acuan dan landasan yang sangat-sangat kita perlukan.”
Secara jujur, tegas Presiden, baginda mengajak seluruh rakyat jelata untuk membuka jendela-jendela baru agar rakyat tidak lagi melihat pengertian zikir ini melalui satu sudut pandangan sahaja.
“Sudah pasti apabila Kebawah DYMM menitahkan supaya difahami karakteristik, fundamental dan ruang lingkup negara zikir, Baginda sesungguhnya cuba membawa transformasi kepada pengertian zikir itu sendiri”.
Menurut Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abd. Rahman Timbalan Menteri Pendidikan, ‘Zikir’ berasal dari bahasa Arab yang bermakna ‘ingat’. Konsep‘zikir’ yang dimaksudkan di sini ialah mengingat Allah. Hendaknya jangan disalahfahamkan di sini bahawa mengingat Allah itu hanya bermaksud beristighfar, bertasbih, bertahmid, dan bertakbir semata-mata, kerana ‘zikrullah’ atau ‘mengingat Allah’ itu maksudnya luas, termasuk yang dikatakan ‘ahli zikir’ itu ialah ahli-ahli ilmuan atau ahli-ahli akademik dan
cerdik pandai yang mahir dan pakar dalam sesuatu bidang keilmuan sebagaimana firman Allah Taala:

فاسئلوا اهل الذآر ان آنتم لا تعلمون

Maksudnya: Bertanyalah kamu kepada ahli-ahli ilmu jika kamu tidak mengetahui (Surah An-Nahl, Ayat 43).

Matlamatnya ialah untuk mewujudkan sebuah negara Islam yang menterjemahkan seluruh tuntutan Al-Quran dan Al-Sunnah dalam segala aspek kehidupan, meliputi kepimpinan, pemerintahan, pentadbiran, politik, undang-undang, keadilan dan kesaksamaan sistem sosial, ekonomi, pendidikan dan sebagainya. 

1. ‘Negara Zikir’ Adalah Negara Al-Quran
2. Negara Zikir Adalah Negara Islam
3. Negara Zikir Adalah Negara Kebajikan
4. ‘Negara Zikir Itu Termaktub Dalam MIB’

Ana lontarkan persoalan sama seperti tadi sekali lagi, adakah matlamat IPG ZIKIR realistik atau sekadar idealistik?

Menurut ana, IPG ZIKIR adalah salah satu cara untuk mewujudkan golongan SULTAN MURAD untuk melahirkan ramai al-Fateh demi mewujudkan negara Islam pada pemikiran, semangat juangnya, gerakkerjanya dan tutur bicaranya. Mewujudkan insan berjiwa Hassan al-Banna yang tidak jemu melahirkan pejuang Islam. Pencetus kebangkitan golongan al-Mahdi. 

Melalui idea NEGARA ZIKIR BRUNEI, ana merasakan matlamat IPG ZIKIR yang ingin dilaksanakan oleh BADAM tidaklah mustahil namun kalau kita lihat adakah IPG ZIKIR YANG HOLISTIK mampu direalisasikan dalam masa terdekat ini? Mustahil! Kenapa? Menurut ana golongan yang menjunjung idea ini seharuslah golongan yang digelar "the unique Quranic Generation". Golongan inilah meneruskan perjuangan senior generasi mereka setelah zaman kebangkitan Islam pada zaman Rasulullah. Rasulullah mencetak dan menghasilkan ramai golongan generasi al-Quran yang unik seperti Umar al-Khattab, Saad bin Abi Waqqas, Ubaidah bin Jarrah, Ali bin Abi Talib, Sumayyah, Aisyah binti Abu Bakar, dan Fatimah az-Zahra. Kemudian generasi tersebut mewarisi amanah tersebut kepada generasi seterusnya sehinggalah kembali zaman kegelapan Islam yang ana selesa panggil era Jahiliyyah Moden PASCA ABAD 20. 

Jadi, untuk melahirkan para daie yang hebat pada tutur bicaranya namun gerak kerja dilaksanakan seiring atau lebih lagi. Sebenarnya kita harus memuhasabah kembali sejauhmana idea ini dapat direalisasikan oleh kita. Ini kerana suasana sekarang tidak mencerminkan IPG ZIKIR yang sering dilaung-laungkan oleh kita. Isu couple di IPG KDRI usahlah dibicarakan lagi kerana perkara ini sudah menjadi perkara biasa di sini. Isu zina? Wallahualam... ana tidak pasti. Isu solat berjemaah? Amat mendukacitakan ana sendiri. 

Adakah semua ini disebabkan kesilapan dakwah kita? Dimanakah silapnya?
Andai ini disebabkan kelemahan akar umbi BADAM, ana persoalkan bagaimanakah solusi sesuai untuk menyelesaikan masalah tersebut?
Andai ini disebabkan masalah pihak atasan, apakah cara terbaik untuk kita mengetengahkan atau menyelesaikan masalah ini?

Fikirkanlah... Mungkin kalian ada pendapat kalian sendiri.

Insya-Allah... Ada jalannya!
Best regards,


Nak guna logo ini kena minta kebenaran dengan saya. Sudah ramai mula menggunakan logo ini tanpa pengetahuan saya terutamanya pendatang baru pengkaji teori konspirasi.

Share this:

CONVERSATION

0 ulasan:

Catat Ulasan