image1 image2 image3

TERIMA KASIH|BLOG AWANANOLOGY STUDIO|SENI TRAVEL JURNAL|SILA LIHAT DI BAWAH

Gunakan Mata Akalmu!



Aku teringat kisah saudara Umar Muhammad Noor yang menceritakan kisah Imam Abu Hanifah mengajar Imam Abu Yusuf.
Satu ketika, ibu Imam Abu Yusuf memarahi Imam Abu Hanifah kerana tidak belajar memintal benang. Jawab Imam Abu Hanifah:
Tenanglah puan. Dia sedang belajar ilmu agama. Suatu hari nanti, ia akan menyantap faluzaj yang bercampur dengan minyak pistasio.(sejenis kek mewah hanya dimakan oleh raja-raja)
...dan sampai masa, belaiu menjadi ulama disegani bertemu dengan Khalifah HArun al-Rasyid. Baginda mengajak beliau memakan faluzaj, beliau tersenyum. Khalifah merayu kepada ulama tersebut(kerana ulama tersebut tidak menceritakan kisah tersebut) kenapa tersenyum akhirnya beliau menceritakan kisah tersebut kepada khalifah. Harun Al-Rasyid berkata:
Sesungguhnya ilmu itu dapat manfaat dan menganggkat darjat manusia di dunia dan akhirat. Beliau(Imam Abu Hanifah)  mampu melihat dengan mata kepalanya apa yang tidak terlihat dengan mata kepalanya."
Seorang yang hebat dapat melihat masa depan adalah seorang yang benar-benar layak menjadi seorang pemimpin. Kemampuan ini seharusnya diperolehi oleh seorang ketua bagi sesebuah organisasi demi memantapkan setiap aktiviti dan perancangan yang dilaksanakan oleh sesuatu organisasi seperti gerakan dakwah.

Ingatlah wahai sahabatku, kekuatan mata akal mampu menilai apa yang benar dan sesuatu yang salah. Penglihatan mata akal mampu mentaksir sesuatu perkara dengan penuh berhikmah. Contoh yang dapat saya berikan adalah seperti masalah yang dihadapi oleh sebilangan pengkaji konspirasi yang kelihatan sombong dalam mentafsirkan sesuatu perkara dengan sesuka hati tanpa memihak mana-mana parti politik di Malaysia. Apabila saya memberi hujah tanpa assobiyyah, mereka memberi hujah menurut hawa nafsu. Ini menyebabkan berkalu fitnah terhadapa agama kita sendiri.

Selain tamsilan di atas, kalian lihatlah sendiri bagaimana kerenah birokrasi yang menyebabkan golongan yang terdesak dan sememangnya layak mendapat wang zakat diketepikan begitu sahaja. Ke manakah duit tersebut disalurkan? Apabila berlaku kes murtad, pelbagai pihak muncul dengan menonjolkan diri mereka sebagai hero dalam perkara ini. Apabila isu ini reda(walaupun setiap hari ada sahaja yang murtad), pihak yang memperjuangkan hak-hak tersebut mendiamkan diri. Adakah 'kemaluan' mereka dicantas sehingga maruah diri sendiri sebagai muslim pun tidak dipelihara? Lihat sahaja isu aurat, poligami, ikhtilat, dan isu hudud. Adakah kita benar-benar prihatin dalam menangani isu tersebut? ...atau sekadar bersuara setakat mampu demi survival politik masing-masing?

Masalah masalah timbul tanpa berlaku satu penyelesaian tetapi menyebabkan pelbagai masalah merebak begitu pantas. Menurutku segala-galanya berlaku kerana kita memandang segala-galanya dengan mata kepala. Melalui mata kepala, kalian melihat duit itu segala-galanya. Aurat itu bukan untuk ditutup bahkan harus ditayangkan semaksimumnya. Kalau boleh kalian ingin hina hudud sebagai hukuman kerat tangan agar golongan bukan Islam memandang syariat Islam sebagai hukum yang tidak sesuai dengan zaman mutakhir.

Inilah salah satu punca umat Islam kelihatan buih-buih di lautan... banyak tetapi lemah... ramai tetapi lemah... tidak terkira bilangannya tetapi identiti Islam semakin menjadi budaya asing dalam masyarakat Islam.

Ketahuilah dengan mata akal kalian dapat mengeluarkan 'singa' sebenar dalam diri kalian untuk bangkitkan Islam untuk dihormati dan dimuliakan semula sebagaimana yang termaktub dalam sejarah kegemilangan Islam...

Ibnu Khalid_Kalau ada kesilapan dari segi penulisan tu, bolehlah tegur saya yer... Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.

Share this:

CONVERSATION

0 ulasan:

Catat Ulasan