image1 image2 image3

TERIMA KASIH|BLOG AWANANOLOGY STUDIO|SENI TRAVEL JURNAL|SILA LIHAT DI BAWAH

Surah al-Jum'uah: Ada Apa Pada Innocent of Muslim?

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita daripada negara luar bahawa terbitnya filem dan trailernya yang berjudul Innocent of Muslim. Seluruh umat Islam tidak terkejut seperti biasa, dan reaksi biasa dilakukan berlaku. Apa dia? Berdemostrasi membantah apa yang dilakukan mereka menghina Nabi Muhammad. Penulis menonton sendiri filem tersebut yang agak membosankan.



Istilah yang digunakan untuk menghina Nabi Muhammad antaranya anak luar nikah, gila, gila wanita hatta wanita yang sudah berpunya suami(dimanipulasi kisah Sofiyyah), jihad menggalakkan pembunuhan, kitab al-Quran hasil gabungan Taurat dan Injil bantuan Waraqah bin Naufal dan gambaran salah penerimaan wahyu pertama Nabi Muhammad.

Cuba bayangkan seorang insan mulia dihina seluruh dunia bahkan diaibkan dengan tuduhan fitnah yang dilemparkan secara fakta yang telah diseleweng. Penghinaan ini wajib mengguriskan hati kita seandainya kita ini mengakui bahawa kita merupakan ummat Nabi Muhammad SAW.

(Pengutusan Nabi Muhammad s.a.w, kepada umat manusia seluruhnya) itu (yang menjadi rahmat) adalah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan sememangnya Allah mempunyai limpah kurnia yang besar.(al-Jumuah-4)

Perlu kita semat salam hati bahawa hadirnya Nabi Muhammad bukan untuk memberi fitnah kepada umat Manusia tetapi mencerahkan dunia yang gelap tanpa cahaya Tauhid sebagaimana para Rasul sebelum ini menyampaikan risalah tanpa lelah dan jemu.

Bagaimanakah seharusnya tindakan kita terhadap isu yang mencalar perasaan kita kerana insan yang disayangi dihina demikian rupa? Jawapannya kita kembali menelusuri sirah Nabawiyyah yang usang daripada ingatan kita. Apa yang diingati dahulu sekadar cukup untuk lulus ujian Pendidikan Agama Islam tanpa memikirkan kepentingannya dari segi mengenali susuk tubuh yang banyak berkorban demi umatnya tanpa penat tanpa jemu. Tanpa mengharapkan apa-apa bahkan menangisi akan azab yang bakal ditimpa oleh umatnya yang derhaka akan perintah Allah.

Sirah yang kita ketahui adakah cukup merasai mendalam akan rindu terhadap Rasulullah? Apa yang penulis mahukan pembaca memahami kalimat 'Asyhadu Anna Muhammadan Rasulullah!' sebenar-benar makna. Memahami dan melaksanakan menurut hakikat kita diciptakan untuk beribadah kepada Allah memadai agar rasa diri mempunyai sekelumit cinta terhadap pembawa risalah ini. 

Baginda sudah maksum, terjamin syurga buatnya. Akan tetapi, dikorbankan kenikmatan dunia demi merasakan perjuangan menyebarkan syariat agar ummatnya dapat sama-sama merasai nikmat Iman dan Islam sebagaimana baginda merasainya itu sendiri. 

Sahabat-sahabat, Rasulullah mengorbankan harta Saidatina Khadijah, sanggup menghadapi ancaman bapa saudara sendiri, dituduh gila, diboikot dan dihina sebegitu rupa semata-mata mengharapkan risalah ini tersebar sehingga mampu dinikmati oleh kita bernama muslim!

(Sifat-sifat Nabi Muhammad itu telahpun diterangkan dalam Kitab Taurat tetapi orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka) bandingan orang-orang (Yahudi) yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim. (Surah al-Jumuah- 5)



Penghinaan ini bagi pihak mereka tidak lain tidak bukan untuk memprovokasi umat Islam agar memberikan reaksi yang tidak sesuai selaku seorang memegang muslim. Dalam buku Aku dan Ikhwanul Muslimin menurut Syeikh Yusuf Qaradhawi mengatakan bahawa tentera Israel pernah mengatakan mereka takut tentera yang bertakbir Allahu Akhbar. Mereka menurut tentera Israel, tentera ini dahagakan mati syahid bertentangan dengan tentera Israel yang menetap haram di tanah Palestin untuk hidup.

Bagaimana kita untuk beroleh kehormatan sebagaimana tentera ikhwan tersebut? Jawapannya sebagaimana kata-kata tentera Israel yang agak terkenal, namun umat Islam tidak mampu melakukannya iaitu solat berjemaah Subuh sebagaimana solat Jumaat. Mampukan mereka lakukan sebegini? 

Share this:

CONVERSATION

0 ulasan:

Catat Ulasan