Credit gambar: Alem
Bincang pasal jualan Pesta Buku Maulid |
Lokman PSV |
Alhamdulillah... Bersyukur ke hadrat Illahi.. kerana aku masih lagi mampu hidup di atas muka bumi bagi meneruskan tugas utama aku... sebagai khalifah Allah.. Bermula petang Rabu minggu ni, aku dan sekutu aku pergi menjelajah bumi bersejarah, Melaka dan Bandaraya Kuala Lumpur sehingga hari Jumaat malam..
Saat berangkat ke Banda Hilir |
Sebenarnya, sebelum pergi ke Melaka aku rasa berbelah bagi kerana terpaksa meninggalkan IPG dalam keadaan tugasan/amanah yang tertanggung belum diselesaikan lagi..persiapan Maulid Rasul SAW anjuran BADAM..tugasan KKP BI..KKP PSV(yang dilakukan/termasuk dalam agenda program lawatan Seni ke Melaka-Kuala Lumpur)..dan tugasan yang bakal menyusul dalam diam2.. kemudian muncul tanpa malu tanpa segan bila muncul pertengahan bulan Mac.
Banda Hilir yang dipenuhi sejarah yang terselindung |
Akhirnya... keberangkatan para peneraju legasi pemikiran kreatif(The Legacy of Creative Thinker) diketuai Lokman tiba di Melaka ada pukul 2 pagi hari Khamis.. Tanpa buang masa aku terus tidur.. ZzZZzzz... Tapi, diorg ni belum tidur.. Tn Haji Nazli sempat bersembang dgn budak seni.. Ada juga 'manusia2' yang sempat berdota sebelum tidur..
Pada keesokkannya, generasi Seni IPG KDRI gegas menuju ke Banda Hilir Melaka.. Uisss...STOP! Belum sampai ke destinasi yang dicari..kami pergi sarapan di warung.. Best.. Pakcik Roti Canai bersembang dengan kami.. Daripada maklumat yang kami perolehi(cam refleksilah pula!), pakcik ni orang Terengganu tetapi sudah menetap di Melaka selama 15 tahun.
Di sana jualah kami bertemu dengan Umzarul(bekas senior dan sekarang berstatus Siswa Guru IPG KDRI Semester 1 seperti kami(budak PSV sem 1)) yang datang ke Melaka bersama anak dan kakaknya...
Comelkan? Ish... Anok sapo nih...~ |
Lukis punya lukis... aku sendiri tidak menyedari.. sudah beberapa jam melewati aku..
Adakah aku layak menjadi pelukis jalanan? |
Terharu apabila ada orang sudi memerhatikan kami melukis.. Om putih dan Cina memang hargai lukisan.. Melayu? jarang2.. |
Menjelang tengah hari aku pergi join Yeb, Alem, MJ, PAmi ke McD.. Mengisi perut yang sudah menangis.. Alhamdulillah... Syukur!
Haha..
Petang pulak kami pergi ke Jonker Street.. melukis gambar seni bina orang Cina.. dan aku sempat beli cenderamata sebagai kenang-kenangan selama berada di Melaka..
Uisshhh... Khusyuknya! |
Malamnya kami menikmati keindahan malam di Melaka... Uiihh... maksiat di mana-mana.. Semuanya sama je..di Malaysia..selaku Negara Islam Hadhari yang diiktiraf oleh beberapa pemimpin Barat. Teruk betul orang Islam akhir zaman! Kitalah generasi peneraju perubahan! Ayuh... bangun.. bangkit dari lenamu!
Keesokannya kami pergi ke Balai Seni Negara...
Tika singgah ke Masjid Putra |
Seni itu SAINS |
Credit gambar: Alem
kemah tok syeikh kito..he3
BalasPadam